Aktiviti ini bertujuan untuk mendidik murid dalam mengenali asas bacaan al-Quran dengan menggunakan Iqra 1-6 sebagai silibus panduan. Murid akan duduk dalam satu kumpulan yang akan dibimbing oleh guru al-Quran.
Kelas Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan murid terhadap ajaran asas agama Islam seperti Rukun Islam, Rukun Iman dan lain-lain.
Majlis Konvokesyen akan diadakan pada setiap tahun bagi meraikan dan menghargai penat lelah kanak-kanak sepanjang mereka menuntut ilmu di TADIKA dan TASKA BPP-MIS.
TADIKA dan TASKA BPP-MIS turut mengadakan program Simulasi Rukun Haji terhadap semua kanak-kanak. Kanak-kanak juga melaksanakan Rukun Haji dengan bimbingan dan panduan daripada para guru. Ini bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak pengetahuan dari segi teori dan praktikal tentang Rukun Haji.
Bagi merangsang pembangunan kanak-kanak, TADIKA dan TASKA BPP-MIS telah menghantar wakil dalam pertandingan Sarawak Kid's Got Talent disamping mencungkil bakat-bakat tersembunyi dalam diri kanak-kanak.
Pelbagai aktviti menarik telah diadakan sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Aktiviti-aktiviti ini adalah salah satu usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan murid selaras dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Bagi memastikan kanak-kanak di TADIKA dan TASKA BPP-MIS tidak ketinggalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran, guru-guru telah mengadakan kelas secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Kanak-kanak TADIKA dan TASKA BPP-MIS turut didedahkan dengan simulasi ibadah korban yang dikendalikan oleh guru. Simulasi ini dilaksanakan oleh guru sahaja dengan menggunakan replika haiwan dan pisau mainan. Ini bagi mengelakkan sebarang risiko kepada kanak-kanak sekiranya peralatan sebenar digunakan.
Dalam membentuk sahsiah dan disiplin murid untuk menjaga kebersihan diri, TADIKA dan TASKA BPP-MIS telah menjemput jururawat dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menunjukkan demonstrasi kepada kanak-kanak tentang kaedah betul tentang penjagaan gigi.